Sunday, September 27, 2009

kesah eidul fitri

Saban tahun kita merayakan hari raya aidil fitri yang mulia. Setahun sekali selama sebulan kita berpuasa sebelum aidil fitri dan tapi meriahnye tidak sepenuhnya. Setahun sekali gak kita meraikan bulan syawal yang mulia. tapi sambutan hanya dilebihkan untuk hari raya sahaja. Selama Ramadhan, adekah kita betul-betul meraikan kehadirannya .. ? uhm .. perlu difikirkan.
~ Umpama langit berdentum, air di kolam disedut abis kontang ~

Di aidil fitri wajarkah kita bersedih-sedihan? bersayu-sayuan? berpilu-piluan...? tapi kenape sedih plak ekk? Aduhai kenape? Kan aidil fitri, hari kemenangan umat berjuang di bulan Ramadhan: puasa menahan nafsu, lapar dan dahaga; sepatutnya bergumbira kerna dapat menjalankan ibadah puasa dengan cemerlang, gemilang dan tak terbilang banyaknya amalan pahala tapi jgn gumbira plak pasal ramadhan dah lepas takyah lerr sesusah nk berpuasa la. sedih meninggalkan bulan Ramadhan yang dimuliakan itu ..tahun depan belum pasti lagi dapat berjumpa dgn Ramadhan..

Di pagi Raya memohon maaf zahir dan batin dari ibubapa, mak bapak, mak ayah, umi abi, mama papa, parents..adek beradik, saudara mara. kenape ekk? ~ satu lagi persoalan .. ikhlas keee? mcm satu adat budaya plak dan wajib dilakukan pada pagi raya tu. huh..kalo tak sesalaman sesama mohon maaf takleh ker..? salaman ucap selamat hari raya udah le, takyah nk mintak ampun segala bagai ... patutnya nk mintak ampun pun mase bulan puasa aritu .. kan lagi indah. hati pun senang, lega dan lapang nak diisikan dengan amal ibadah...
~bermaaf-maafan lah selalu tak kira hari, bulan, tahun ape pun .. sentiasa mohon keampunan supaya hati jadi bersih dan suci dari segala noda titik hitam..

Friday, August 28, 2009

Kursus BTN dan Induksi

Arini, 28/8/09 selesai sudah kursus induksi.
Selama 2 minggu kursus, stat 13/8/09, sungguh meletihkan.
Dengar ceramah seharian membuatkan telinga dan mata aku menjadi 'buta dan tuli'.
Sungguh membosankan tapi nak buat camne, gagahkan jugak diri ni untuk disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam ...
Walaupun baru jek sebulan menjadi penjawat awam dah kena panggil pegi 2 kursus sebenarnya.

First, kursus BTN (selama 5 hari) fuhhh..selamat sudah.
Check in 6/8/09 dekat Ranggu Holiday Village, Tawau.
Satu hal yang meletihkan, pegi sana naik kenderaan hospital iaitu van (nasib baik bukan van mayat).
5 jam perjalanan, naik bukit turun bukit akhirnya smpi jugak lah.
Dari hospital kami ber-4 (Dr Ooi, Jafrin, seorang gadis Balkhis).
Secara umum kursus BTN mengajak kita ber'cinta' pada negara + sayang pada tanah air, menghargai jasa dan pengor-banan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lalu.
Banyak slot diisi dengan semangat kecintaan-jatidiri peserta.
Tetapi untuk berjuang kene fizikal yang mantap. oleh itu ade beberapa slot ujian fizikal.
Contohnya - berlari+berjalan 2 km dalam mase 10 minit. (fuhh dapat gak buat dalam mase 14 minit 40 saat). Masok hutan yang tak berape hutan sangat untuk ujian kesepaduan: menyeberang kolam dengan meyusur batang pokok, berjalan diatas tali dari 1 pokok kelapak ke pokok kelapak yang lain, usung air dalam bekas berkumpulan; guna tali; sambil nyanyi lagu patriotik, seberang tali-halangan (fuhh it's fun lahh jugak)
Tapi yang tak fun last day ade exam ... huaaaa. mase bila la nk study tu. uhm, membelek buku+nota yang ade je lah.
Time exam, alhamdulillah dapat gak jawab (sonang jugok, takdok la pecoh kepalo den ni hah).
Sudah 5 hari berlalu, time cek out plak. yuhuuuuu .... merdeka!!
Sakit ati mase tu kene tunggu driver yg muncul2 lagi ni. Last2 buat keputusan numpang member smpi hospital kinabatangan then driver pick-up kat situ jek. Leceh tul.
Smpi umah, malam trus tido. Bangun kol 2 ptg ... adoi sakit kepala.

Rehat kat umah 2 hari, kene plak pegi kursus induksi di Kota Kinabalu plak.
Adoi, sakit buntut aku kene naik kenderaan hospital plak.
Kali kami ber-3 (Dr Ooi dah amik kursus induksi, so tak yah dah).
Perjalanan yang berbukit bukau nak ke KK amik mase 5 jam jgk. sama jauh nk ke Tawau.
Fuhh...lagi sekali sakit aku dari sandakan ke KK.
Kami ditempatkan di Hotel Beverly, KK. Smpi jek hotel, cek-in trus masok bilik terbongkang atas katil. letihnya ....
Malam tu program stat ngan ice-breaking+ade game sket lah. Cara diorg buat ice-breaking kira fun lah..
Jumpa lagi member2 yang sama kursus BTN dulu (dulu ye ye nooo menitis air mata mase majlis perpisahan; lastly jumpe gak kat sini hahahah kelakar sungguh).
Esoknya bermula lah adegan dalam dewan dengar ceramah.
Ceramah kursus induksi lain dari BTN. kali ni kitorg kene dengar plak pasal penggurusan pejabat, hal ehwal kewangan, pasal tatatertib tapi kalau bab cuti+elaun memang membuka mata masing2 peserta kursus hahahaha ... bertubi-tubi soalan peserta ajukan.
At the end kursus, ade exam lagi. kalau tak lulus kene amik exam next time.
Peserta wajib attend ceramah, kalo more than 10% diorg tak datang mmg korg balek jelah .. next time datang lagi heh.
Duduk kat hotel lelama ni bukan best pon, naik lemau badan ni hah. Tengok makanan pon dh jemu ( tapi rase shkur tu tetap ade hehehehehe ).
Exam alhamdulillah, inshaAllah boleh lulus (hope sangat lulus, kalo takat cukup-cukup makan boleh lahh)

* tggu mase nak balek semenanjung nak sambut raye weiihhh...
13/9/09 aku fly over the sea ... yuuuhuuuu.
*mampus la aku kalo pengarah marah cuti awal ni.

Wednesday, August 19, 2009

setelah sebulan ... berkhidmat

aduhai sudah lama aku tidak mencoret disini ...
sudah lama tidak ketemu dengan mereka yang ku rindui selalu ...
sudah sebulan aku berkhidmat di sini ...
masih ku ingat tika pertama kali menerbangkan diri kesini ...
terasa semalam hari masih segar di ingatan ku ...

sekian lama aku meniti masa ...
semakin banyak aku pelajari dari kehidupan yang lalu ...
biar hidup berlalu dan akan dikenang
disusuri pengajaran yang mendewasakan kita ...

apa yang dicitakan sudah dimiliki
siap sedialah untuk menggalas bebanan itu
itu yang kau pinta dan pohon
agar segalanya mudah tanpa keluhan

biar jasa ditabur
biar khidmat diberi
biar diri tidak takbur
biar nikmat disyukuri

Monday, July 6, 2009

Sah .. ??


maka dengan ini sah la aku ekk .. ???

Sunday, July 5, 2009

kesah di Sabah

first day jejak kaki di Sabah ndak ada beza nya. flight lending at 4.30pm after depart from KLIA at 2pm. Completed the imigresen matter at 5pm.

smpi di airport my old skool mate yg menjemput ku.

then after tros pegi merayau di Mall Karamunsing, KK coz he want to buy sumthin that not available at Tenom ~ they bought some IT stuff
.

makan2 kat pizza hut KK bersama rerakan td tu smpi magrib.

diorg antar aku plak ke rumah rakan aku di UIa dulu kat Taman Ketiau, KK.

tak sempat nk mandi ape rakan2 ku (syahir n achik) ajak g makan plak. tp aku dh kenyang just minum je lah. balek trus tido hahaha ngantoks gile babeng.

bermalam disini utk 2 hari sebelum esok (6.7.2009/isnin) melapor diri di Kem Kesihatan Sabah.

Saturday, July 4, 2009

kesah penerbangan

huhuhu arini 4.7.2009 / sabtu. aku kene berlepas ke KK, Sabah.

kene bertugas kat sane la plak.

sanggup aku redah udaraan semenanjung demi tugas aku.

getting xcited nk pegi but at the same time nerves gak weih.

thinking of life adjustment at Sabah with their social life and natural language bahh..

sudah dipikirkan utk berkhidmat disane dlm 4 5 6 tahun mintak tukar ke semenanjung plak.

org semenanjung perlukan khidmat aku plak hohoho.

special day today is my sista bufday.. kuat kan semangat untuk kehidupan yang bakal dilahirkan nti.

~wish u getting better n stronger ~

buy bye my frenz ~ loving u ols forever

Friday, June 5, 2009

Episode Baru

Last week on 28 May 2009. Bermulanye episode baru dalam hidup aku.

Dengan kehadiran offer letter from SPAM merubah kehidupan aku, status aku, serta perjalanan hidup aku di dunia yang berbeza.

SPAM menawarkan aku untuk menjadi Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tawaran itu aku terima dengan penuh rase bersyukor sangat-sangat selepas berhempas pulas dengan ujian dan interview.

Alhamdulillah atas segala nikmat yang tidak diduga daripada Yg Maha Esa.

Insha'Allah segalanya akan bermula pada awal bulan Julai 2009.

Pengakhiran di MEDIU dan permulaan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kawan-kawan dan sahabat handai silih berganda, Harap semuanya kekal ke akhir hidup ini.