Wednesday, April 21, 2010

KELABU

-------------------------*GREY*--------------------------

You are attractive, and active.
You never hide your feelings and express everything that's inside.
But can be selfish at times.
You want to be noticed, and don't like to be treated unequally.
You can brighten up people's day.
You know what to say at the right time, and you have a good sense of humour.

This is ME .. they said~it might be true or false assumption

I Wish I Could ... have

1 . HP Mini 210



2 . iPhone

Wednesday, April 14, 2010

S.H.U.K.R.A.N

Mak terima kasih banyak-banyak kerana dah melahirkan aku ke dunia ini ..

Bapak terima kasih atas pengorbanan dalam memelihara kami semua ...

Mak terima kasih kerana tidak membiarkan aku di buang..tidak semalang bayi yang tidak berdosa ...

ingin ku balas jasa kalian berdua hingga ke akhir hayat ku . ..

moga sempat aku menunaikan tanggungjawabku sebelom ajal menjemputku ...

Friday, April 9, 2010

HOBI

Arini ntah macam mane aku boleh terfikir aku ni ade hobi ke .. ?

Hahahaha....ketawa dalam minda fikiran jek.

Tapi apakah sebenarnye hobi?

Adakah Hobi itu sesuatu perkara yang kita gemar lakukan berulang ulang kali tanpa rasa jemu bosan kematu dan sebagainya.

Apekah hobi aku sebenarnya?

uhm..orang-orang lain mesti ade hobi sendiri.

Ade yang menyeronokkan.

Ada yang meramaikan kawan dan sahabat.

Mengimarahkan masyarakat sekeliling.

dan yang paling penting

Dapat memenuhkan poket yang kosong, menambah bilangan dalam buku akaun.

Ape hobi aku??

Dulu mase kecik-kecik bile dah pandai bace, suka bace komik dan pandai tgk TV cite katon.

Bila dah masok sekolah rendah..dah pandai naik basikal pegi merayau-rayau dan mulalah lupakan hobi mase kecik dulu.

Masa sekolah menengah plak, menjadikan membaca buku, majalah sebagai hobi. sebabnya nk amik SPM. Tapi SPM takde le cemerlang mane. Mungkin itu bukan hobi kot.

Kat universiti dedulu, macam takd ehobi sangat. Tapi suke sangat merayau-rayau sorang diri pegi shopping kompleks, mall jenjalan tengok manusia. Pastu ade gak tebiat suke makan-makan, stat dah pandai memilih pakaian yang agak berjenama sikit.

Hah satu lagi .. suke kumpul kad top-up. tak kire lah jumpe tepi tangga sekali pon.

Bila dah kije ni, mungkin dah ade duit sikit dah mula pandai nk berjalan-jalan makan angin sana sini. tapi takde le smpi keluar negara .. eh ade keluar negara jugak .. ke singapore.

Dh mule menjejakkan kaki ketempat peranginan tempatan Malaysia.

Hobi .. Hobi ..

Sanggop berhabisan untuk hobi.

Sanggup bergolak demi mempertahankan hobi.

Sanggop merentas benua sekalipon.



dan ketika itulah ...

Manusia berkata, "kalo dah hobi nk buat mcmane"

Wednesday, March 31, 2010

Biarkan dia pergi ............

argh ...
argh .......
parah makin menikam susuk belukar jiwa
kekuatan..selubungi lah aku untuk selamanya
biarkan bara meresapkan kepanasan kontak
walaupun air membasahi
jgn gelisah kan terbang
walau pedih menusuk kotak
jgn aur menipis lalu
kalo hati mengelamun endah beransur
usai jiwa mu kosongan kelocokkan

Biarkan dia pergi ............

Friday, March 26, 2010

Aku Bingung ..

BINGUNG adalah diertikan sebagai satu situasi dimana kita diberi atau tidak diberi pilihan dan kita terpaksa membuat pilihan samada mengikut kehendak, kemahuan kita ataupun tidak.

Mengapa manusia bingung ... ?

Adakah tidak ada matlamat dalam kehidupan mereka?

Adakah manusia itu tidak bijak membuat pilihan?

Adakah inya ujian buat manusia?

Sunday, February 7, 2010

Dunia kau dan aku

Harini dapat melihat keramaian manusia kerana aku keluar sebentar menyesakkan diri dengan kumpulan manusia.

Manusia yang aku lihat punya pelbagai kasta umur. Yang muda dengan gaya pemikiran dan kelakuannya, yang tua apetah lagi lagak seperti mula malas memikirkan kehidupan yang telah lama dilalui. Yang kecil terpinga-pinga dengan kehidupan kumpulan manusia ini.

Mereka sememangnya sukar untuk memahami dan proses itu mengambil sebanyak mungkin masa. Kadang-kadang kasihan pada mereka dalam proses mengerti kehidupan ada jugak insan yang 'besar' tidak dapat nak memahami dunia mereka, lantas dimarahi tanpa ada perasaan kasihan..

Adakah mereka si kecil yang bersalah untuk tidak mengerti apa-apa atau kita yang 'besar' ini tidak memahami mereka yang 'kecil'...?

Tapi sebagai manusia yang telah lama menikmati kesenangan dan kesusahan kehidupan ini seharusnya memberi corakkan yang terbaik untuk mereka, memimpin mereka kearah kehidupan yang onar ini. Jangan biarkan mereka hanyut seperti kita ... kita??

Entahlah .. jangan la terlalu menghukum mereka kerna kesalahan yang mereka tidak tahu yang perkara itu 'salah'.. tunjukkan lah, pimpinlah, genggam tangan mereka agar mereka memahami dan tidak mengulangi kesilapan yang dahulu kita manusia besar lakukan.

aku bingung, kamu .. manusia besar??