Tuesday, April 14, 2009

" This is when I was ... "


This is ... when i was try to help out for BBQ but when they are not try to help me out.

This is ... when i was 'olok-olok buat kije'

This is ... when i (and somebody) was try to give cool pose but Fauzie did you realize? is not working lahhh...

This is ... when i was at the age of 35-40 years old maybe..
(did i look like him (pakcik in green batek)? huh..my colleagues said so)

This is ... when i was snapped without further notice,
(urghhh...!!! naseb baek in smile mode)

This is ... when i was forced to be in the picture
(forced by the ladies... say bye-bye to Adam)

This is ... when i was muda-mudi in IIUM Matriculation Center
(from left: Cicoi, Kurt, Fauzi, Nizam, Ali Akbar, Hafiz Ganu, Rosman, Pie'e, and Kamal)

SUARA m

arini suara memanggil ku berdepan dengan dia
suara yg pasti membuat aku tertanya-tanya kehendak dia
dia bersuara menyuarakan kesuraman di suara dan tubuh anda
apa yang disuarakan harap sinar suara dan tubuhmu kembali norma
suara menyuarakan kerisauan anda
anda menyuarakan ape yg tersuara di dada
biarkan masa berlalu..
tetapi anda bagaimana?
ingin berlalu atau terlalu begitu saja
biarkan mereka dgn suara mereka
atau anda mendengar suara mereka?
anda berubah kerna ingin berubah
atau anda berubah kerna diubah oleh suara-suara mereka?
fikirkanlah sejauh mana anda...

Monday, April 6, 2009

Pasal C.I.N.T.A

(Penulisan ini tidak ada kena mengena langsung dengan Valentine's Day yang dicipta orang-orang dungu itu)

Seni cinta, adalah sesuatu yang abstrak. Tidak dapat disentuh dengan tangan dan tidak dapat dirasai kewujudannya oleh pancaindera yang lima. Tetapi cinta adalah seni halus yang bermain di jiwa, bercorak pada mata hati, berbuai-buai dengan buaian mesra dan kasih sayang. Cukup asyik.

Dalam konteks cinta manusia, selalunya berkaitan rapat dengan perhubungan kekal atau perkahwinan. Tetapi bagaimana pula istilah cinta dengan selain dari manusia? Adakah ia sama sepertinya cinta manusia atau ia mempunyai skema yang tersendiri?

Istilah cinta monyet, beruk atau beruang selalunya mengiring manusia pada proses menempiaskan hawa nafsu. Perlu diketahui, bahawa ramai manusia buta tentang cinta, hawa nafsu dan perbezaan antara dua istilah ini. Manusia kerap kali mengonotasikan hati yang berdebar-debar bila berdekatan dengan orang yang disukai adalah cinta. Karut. Cinta bukanlah hati yang berdebar-debar. Cinta adalah ketenangan, cinta adalah sakinah.

"Dan diantara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kami cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu mawaddah (rasa kasih sayang) dan rahmat..." - Surah ar-Rum Ayat 21.

Perkahwinan adalah suatu manifestasi daripada frasa cinta dan kasih sayang. Tetapi adakah ianya benar? dan semua orang yang berkahwin melalui frasa cinta dan kasih sayang?

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang rakan sewaktu di sekolah menengah dahulu. Ketika itu saya fikir mereka masih belum matang sepenuhnya untuk berbicara tentang cinta. Namun saya cuba membawa pemikiran cinta yang sebenar pada mereka. Persoalan saya pada kawan-kawan saya itu adalah 'Apakah sebenarnya matlamat yang paling utama manusia berkahwin? Adakah kerana cinta, atau kerana sekadar mengikut sunnah, ataupun sebab nafsu semulajadi manusia, ataupun lainnya untuk perkembangan zuriat?'

Ada yang memberi jawapan kesemuanya. Namun saya menolak kerana kerana itu jawapan diatas kertas periksa. Saya mahu jawapan itu dijawab dengan ikhlas dari sumber hati rakan saya yang disoal itu. Masing-masing memikirkannya untuk mencari satu jawapan yang tepat. Ada yang memberikan jawapan kerana zuriat, ada pula yang menjawab kerana nafsu manusiawi, dan jawapan-jawapan lain. Tetapi jawapan cinta amat sedikit yang saya dengari. Saya membuat kesimpulan awal, mereka masih belum kenal erti cinta mungkin, ataupun memang remaja selalunya menipu apabila mereka ditanya tentang cinta kerana mereka belum faham erti cinta.

Cinta Mengubah Dunia

Cinta adalah sesuatu yang agung dan dahsyat. Semalam ia mengubah dunia, hari ini ia mampu mengembalikan semula dunia kepada asal. Semalam boleh berlalu tanpa apa-apa, tetapi hari ini ia boleh mengubah segala-galanya dek penangan cinta.

Taj Mahal yang terletak di Agra, India adalah suatu simbol erotik cinta sejati Mumtaz Mahal dan Shah Jahan. Cinta dan lara pemerintah kerajaan Moghul itu kepada seorang wanita dimanifestasikan dalam seni binaan yang tidak ternilai oleh akal manusia. Ini adalah dekorasi hasil cinta yang disemadikan dalam seni bina sejarah yang tidak akan hilang dalam sejarah dunia, ia adalah hanya sebuah citra cinta.

Kisah cinta Jalaluddin al-Rumi dalam kitabnya Masnawi. Cinta Rasulullah s.a.w pada umatnya dengan hadith-hadith yang ditinggalkan. Bahana cinta Rabiatul Adawiyah pada Allah s.w.t dengan mengorbankan dunianya. Manifestasi cinta seorang ibu sanggup mengorbankan diri untuk kelahiran anaknya. Romeo dan Juliet beradu cinta dan lara. Laila dan Majnun merana dalam rindu kasih cinta mereka dikuburan lembah pasir. Cinta kembara agung putera raja Qamaruzaman dengan Puteri Budur dalam kisah seribu satu malam dan banyak lagi dalam bingkisan sejarah dunia adalah jagoan-jagoan kisah cinta yang berputik dari kehalusan hati mereka.


Kecintaan kepada ilmu telah mewujudkan ketamadunan manusia sejak berpuluh ribu tahun yang dahulu. Orang-orang Islam dan Greek masing-masing berlumba-lumba mengembangkan ilmu pemikiran dan sains falsafah kerana kehidupan mereka yang penuh kecintaan terhadap ilmu. Buktinya, balai cerap dibina untuk meneroka ruang angkasa dan kitab-kitab ulung yang ditulis sebagai bukti sejarah kecintaan masyarakat Islam pada bidang astrologi dan ilmu-ilmu lain. Ilmu logik berpindah dari satu generasi ke satu generasi dan sekolah 'Academy' yang didirikan Plato menjadi kegilaan orang Greek terutamanya di Athens. Kisah cinta ilmu ini pula menjadi subtopik dalam seni falsafah cinta sepanjang hidup manusia.

Air mata

Cinta... cinta.... Sudah berapa galen air mata engkau keluarkan dari mata-mata manusia sejak Nabi Adam dilahirkan hingga sekarang disebabkan oleh cinta yang dusta. Berapa ramaikah hati dan perasaan wanita yang telah engkau pasrahkan bermula sejak manusia mengenal erti cinta? Lantaran hati wanita yang sensitif, engkau mudah memperkosa hati mereka hingga hilang mahkota cintanya pada seorang lelaki hingusan. Amat menghairankan.

Memang air mata adalah penawar dan kesudahan bagi episod cinta yang berakhir terlalu awal. Hawa nafsu, permainan lidah dan kebobrokan hati menjadi kunci beracun cinta yang durjana. Air mata selalu dikaitkan dengan wanita. Sebagai rakan karib, wanita sering ditemani air mata kesedihan setelah cintanya ditolak atau dipermainkan oleh lelaki. Apa kurangnya dengan lelaki. Hero kampung pun boleh menitiskan air mata kalau sekiranya penolakan cinta itu yang menjadi bahannya.

Cintailah makhluk lain. Kerana sesungguhnya sesiapa yang tidak menyintai, dia tidak akan dicintai. Rindu, gelisah dan nafsu adalah permainan cinta. Kalau anda sanggup berkorban untuk cinta, maka cinta akan menjadi sesuatu kuasa yang amat luar biasa dalam sejarah hidup anda. Ia adalah kuasa ultra. Cintailah Allah dan agamanya...

Sumber ihsan - hamba Allah.

Thursday, April 2, 2009

Tagged by Sis Nurul Aznil

Rules


1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.

4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Gambar ni di tangkap mase main bowling ngan opismate MEDIU kat 1 Utama, Damansara. Tariq dengan bersungguh bertanya pasal peraturan main bowling camne. Aku cuba terangkan dengan panjang lebar. W'pun dalam hati "bole ke aku menang kalo camni dapat grup member yg baru nk kenal ape itu bowling". Dari sudut pandangan yang berbeza; agak kelakar dialog yang di beri oleh Sis Nurul Aznil, Tariq said: "first must be Jihad..Jihad..and Jihad! understand?". Fauzie said: "owh OK".

Cerita pasal Jawatan

Mengapa dalam dunia ni ada mereka yang gila jawatan tinggi a.k.a gila pangkat dan kuasa.

Walaupun mereka sedar yang mereka itu tidak mukin mampu mengalas jawatan itu.

Jangan anggap ianya sebagai satu jawatan sahaja bahkan lebih mulia kalau kita menganggap ianya satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan amanah dan adil.

Ini tidak bila dah dapat sesuatu jawatan abes lupe diri.

Rase diri tu dh besar/tinggi gile, padahalsatu hapak pon tak tau ape itu 'Jawatan' yang die dapat tu.

Yang mereka tahu hanya memerintah orang jek. Tu bukan pemimpin tapi pemerintah!!!


p/s: cerita ini berkaitan dgn org yg hidup dan mati.