Monday, November 1, 2010

Ku teruskan jua ...

kenapa aku teruskan jua ..

walaupun ~

. aku tahu siapa diriku

. dalam hati tidak ingin ku teruskan

. dalam diam ku cuba melawan penerusan ini

. walaupun tiada kesungguhan dalam penerusan ini

. walaupun aku punya pilihan

Ku teruskan kerna ..

. ku gagahi demi kelangsungan ceritera

. ku rasa punya waktu untuk aku menemui sesuatu out of the box

. ku rasa sudah takdir yang menentukan

. ku pasti inilah yang terbaik bagiku

. terpaksa ...

Mau pulang ke gagang ...

rasa nak balik semenanjung lah ..

reason:

- nak sambung study

- nak dok bawah tapak kaki mak

- nak miggle with famili

- nak miggle with the co-jawatan

so .. bila boleh balik ni ..????

Thursday, September 2, 2010

alkisah .. dulu-dulu raya

erm...lagi lapan hari je dah nak raya.

pejam jelik bangun sahur tahan lapar hampir sebulan dah kita berpuasa.

kalo dah hujung-hujung ni dah takde semangat nak buat teraweh ekk..?

yelah dah sibuk nak gi shopping persiapan raya.

persiapan dari hujung rambut ke hujung kaki...dari belakang rumah hingga ke depan pagar rumah.

segala benda nak nampak baru.

walaupun sanggup berhabisan wang ringgit.

alsekian ngomel pasal nak raya.

next

alkisah dulu-dulu raya.

Baju Raya ... dulu-dulu mak yang belikan. kadang-kadang makcik-makcik yang sediakan (almaklum dulu miskin sangat, mak tak cukup duit nak beli baju baru untuk anak-anak dia). momen paling ingat masa nak raya ialah pada umur 5/6 tahun kot. time tu takde nak memilih sangat baju raya warna ape, kain jenis ape, teluk belanga ke cekak musang ke dah tak kesah..asal ada baju raya. rase macam dah tak kesah sangat sebab kawan-kawan masa tu pun senasib. so takde lah nak mengejek ke apa...

tapi sekarang - dah pandai nak memilih, mungkin dah pegang duit sendiri eksyen la sikit nak pilih-pilih.

Kasut Raya ... Dulu-dulu kasut raya rase tak penting sangat, selipar jepun pun jadilah asalkan ada. pakai yang lelama pun ok jek.

Tapi sekarang - kasut harga beratus, nak yang nampak smart. yelah nak buat pegi jenjalan dan pakai after raya kan. mestilah yang tahan lama dan mahal sikit.

Duit Raya ... dulu-dulu duit raya ade yang bagi 10sen 20sen paling tinggi nilainya pun 50 sen. kita terima jek ape yang orang bagi, tak kisah sangat berapa nilainya. duit raya di kumpul bagi mak simpan untuk belanja sekolah nanti. duit ray masuk dalam tabung buluh buat sendiri..sebab masa dulu ada pokok buluh kat belakang rumah.

Tapi sekarang - huhuhu kena bagi duit raya plak. Now bukan boleh bagi 50 sen dah, mau nya koman-koman 5 hinggit.

Kuih Raya ... Dulu-dulu buat kuih sendiri. tolong mak cik buat kuih bahulu, kerepek pisang, kuih tumpi, kuih rempeyek suma buat sendiri. terasa sangat nak raya masa tu. kuih raya dulu-dulu sangat tradisional. rasa kuih sangat asli dan sedap. dulu-dulu tak pandai nak makan kuih tat.

tapi sekarang - macam-macam kuih ada untuk dipilih tapi rasenya same jek kot sebab kuih kalo dah buat bebanyak rase dah takde yang enak same jek. sekarang kuih tunjuk-tunjuk jek. last-last raya ke tong sampah jugak sebab tak dimakan. tak dimakan sebab tak sedap ...

Rumah Raya ... Dulu-dulu tak kisah lah rumah bercat ke langsir ditukar baru ke tidak. Sume tak penting asalkan rumah bersih , takde habuk itu dah kira baik. yang penting nampak kemas masa raya nnti.

Tapi sekarang - tiap-tiap tahun nak buat langsir baru, cat rumah baru, carpet baru, sume-sume pun nak baru. haish .....

Marhaban .. dulu-dulu kat kampung ada buat marhabban. tersangat rajin nak ikut orang kampung buat marhabban sebab nnti dapat duit raya lagi. dapat makan-makan sampai kenyang. dari pagi sampai ke petang dan sambung sampai ke malam. marhabban makan masa 2 hari jugak lah.

Tapi sekarang - sayangnya dah takde, marhabban tersangat bagus dianjurkan sebab boleh mengeratkan hubungan dengan ahli kampung. sekarang kalo marhabban mesti teringat dedulu mase kecik beratur salam tuam rumah dapat duit raya hehehehe....


raya dulu dengan raya sekarang lain sebab peredaran masa dan umur kan.

Raya oh Raya .. datang cuma setahun sekali ...

Lepas Raya .. poket kosong duit takde ...hahahaha

Tunggu jemputan untuk open house huhuhu

Friday, August 27, 2010

i need to further study .. al kisah



ya..terfikir di fikiran nak sambung master.

But tak tahu lagi field yang sesuai.

thinking of .. Health Psychology or Clinical Psychology.

Since currently i'm working under ministry of health..

So better in line with my current interest.

There is always hope here and there.

so to further study , Do I ...

1 - have to wait till third years seniority, so that i have opportunity to be sponsored by ministry .. IF..

2 - have to sacrifice my own time and money to travel over the weekend in case my institution was not within the territory of workplace and i've to 'korek' my own pocket to pay the tuition fees and all that thingy ...

3 - have to transfer within the institution territory so that i can cut the cost of traveling and timing consuming as well ...
~ bila nak dapat pindah? that question mark.

4 - need to further study .. ?

Think and think till end up with 'penyesalan'

Friday, August 6, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Let It Be ...



Biarkan ianya berlalu ..
Tak usah dirintih
Perjalanan masih diteruskan
Dihadapan belum pasti
akan tetapi ..
perjanjian Allah sudah pasti
tidak mungkin dimungkiri
Bersabar
dan
bersabar menempuh Ceritera Kehidupan ....

Wednesday, July 14, 2010

Tuesday, July 13, 2010

aL-Story ...

Please find your way out ..




.. out of the sadness

.. out of guilty

.. out of depression

.. out of unhappiness

.. out of the hell

Thursday, July 1, 2010

Pulang YukK .. !!



sabar bah ..

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan
Dan takkan kulepaskan




*NotaKakiGajah: Cinta & Kekasih itu merujuk kepada Keluarga yeK..

Friday, June 25, 2010

Kisah .. Bodoh!



Alkisah .. dicarut dengan perkataan B.O.D.O.H oleh kawan baik/rapat/lama/sahabat.

Apa rasanya .. ??

Entahlah

Sedih .. Keciwa .. Ketawa ..

Aku tak tau, tapi rasa sedih tu macam menebal.

Sebab kawan yang kita anggap baik, boleh bergurau sesama tapi boleh mengeluarkan dan mengajukan perkataan itu kepada anda. [step in my shoe]

Entah kenapa bila dia ajukan perkataan itu..aku rasa something yang membuatkan aku terdiam dan membenakkan diri selama 5 minit.

Memikirkan ada dia yang menulis perkataan itu dan diajukan kepada aku.

oh! aku paham.

Biasalah manusia sering melakukan kesilapan.

Aku harap kesilapan yang telah dilakukan memberi sedikit peringatan kepada dia dan tidak berulang kepada mereka yang dianggap kawan.

Erm .. mungkin silap aku juga yang membuatkan dia mengeluarkan perkataan itu dari mulutnya.

Ianya mungkin. Aku tak pasti.

Benarlah kata orang:

"Kerana mulot badan binasa"

"terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata, hati terasa"

Sementara ini aku membenakkan diri menginsafi [konon] tentang apa yang terjadi.

Kesilapan itu bukan untuk dia pahami malah aku juga bisa mengambil ianya satu pelajaran.

Wednesday, June 23, 2010

Kisah .. Pening Kapala


Aiyohh pening wo0oo ...

Cmne ni .. dengar masalah orang selama 1 jam 30 min dah pening kepala.

uhh .. aku yang mendengar ni dah pening

Apatah lagi : Si penangung derita dan kisah tersebut...???

Tuesday, June 22, 2010

Kisah ... Psy Patient Can Be Cured ..??

Segala macam ubat sudah diberi ..

Segala macam treatment sudah diikuti ...

Sudah bertahun bertemu doktor ..

tapi

Apakah Pesakit Mental dapat dirawati ...??

kisah .. gile edit

Monday, June 21, 2010

Kisah ... Perkahwinan

Yuhuuuuuu ...

Arini tetiba perasaan nak kawen tu menceriakan hidup aku yang mendung pagi tadi.

Huhuhu .. mabuk kepayan sangat bila tersembul dari mulut cerita ngan ofismate pasal nak kawen.


Biar betik .. ??

Tu la pengaruh ceritera dari member yang dah kawen .. yang nak kawen.

Pengaruh mereka mempengaruhi pengaruh aku terpengaruh.

Lagipun tak salah nak berkawen pun.

Janji niat itu ikhlas dan moga-moga dipermudahkan jodoh.

Rezeki ditangan Allah.

tup tap tup tap ..

~ pong pang kopang kopang kopang gebuk gebuk gebuk ...


meriah nya ..


Orang: Masalahnya calon dah ade ke PakCik .. ??

Pakcik: macam dh ade ..

Orang: Sudi ke dia jadi isteri PakCik .. ??

Jawapan ...

Thursday, June 17, 2010

Kisah .. Kepercayaan kepada Tuhan

Ini satu kisah.

Seorang pemuda datang berjumpa dengan seorang Doktor Pakar seperti tarikh temujanji yang telah dibuat sebelum ini.

Sambil merawat, doktor itu bercerita:

"Saya tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Jika Tuhan yang pengasih dan penyayang itu wujud kenapa masih ada ramai manusia kesakitan, kesedihan, sengsara dan berduka"

Pemuda itu mendengar doktor itu membebel menceritakan ketidakpuasan hatinya.

Dia hanya mendengar tanpa bersoal balas atau berhujah dengan doktor itu.

Setelah selesai mendapatkan rawatan daripada doktor itu, pemuda tersebut mengucapkan terima kasih.

Berlalulah pemuda itu keluar untuk mendapat ubat yang telah disarankan oleh doktor tersebut.

Setibanya di luar pusat rawatan, pemuda tersebut terlihat seorang yang sedang kesakitan dan menangis.

Lantas, Pemuda tersebut kembali kepada doktor itu semula.

Doktor tadi terkejut dan bertanya kepada pemuda tersebut:
"Kenapa kau kembali semula kepadaku wahai pemuda? kau masih sakit lagikah?"

Dengan suara yang lantang pemuda itu berkata:
"Saya tidak percaya akan kewujudan doktor didunia ini!!"

Doktor itu pelik: "Doktor itu wujud dan dia ada didepan kau",
"Dia telah merawat kau sebentar tadi dan aku lihat kau semakin pulih"

Pemuda: "Tidak, saya tidak percaya"

Kenapakah pemuda itu masih tidak percaya? apa yang membuatkan dia berkata sedemikian?.

Doktor semakin pelik.

Mungkin pemuda ini ada penyakit mental agaknya.

Pemuda: "kalau doktor itu wujud di dunia in, kenapa saya masih melihat ramai orang di luar sana tidak sihat dan kesakitan"

Doktor: "oh! itu sebab kamu tidak percaya doktor itu wujud?"
"Beginilah wahai pemuda, jika mereka tidak datang kepada ku, bagaimana aku dapat merawat penyakit mereka".

"Ya Betul!" Pemuda itu bersuara.

"Begitu juga dengan kewujudan Tuhan. Dan pasti TUHAN itu wujud".

"Apa yang berlaku sekarang ini, manusia tidak mencari dan datang kepadaNYA".

"Dan sebab itu kesengsaraan dan kepedihan itu masih berlaku di dunia ini".

Doktor itu terdiam dan berlalu pergi tanpa menghiraukan pemuda tersebut.

Al-Kisah pengajaran dan pembelajaran ...
[mulut jangan dok celupar tanpa ilmu dan pengetahuan]


Wednesday, June 16, 2010

Kisah ... Proud of You



dari kecik sampai beso .. mak bapak dapat bela aku

wang ringgit, jenuh peluh membesarkan hanya Tuhan dapat membalasnya.

aku rasa cuma satu yang mahu mak bapak tgk .. kebahagian hidup dunia akhirat.

yang pasti aku cuba memenuhi kemahuan mak bapak ..

lakukan yang terbaik hanyalah untuk mak & bapak ..

gembira mak bapak .. gembira lah aku.

sedih mak bapak .. dukacitanya aku.

Thursday, June 10, 2010

kisah .. Berjalan Melihat Mencari



kita sebagai manusia yang dicipta untuk berjalan melihat dan mencari kebenaran yang satu.

siapa yang dapat melihat kebenaran yang satu itu sungguh tenang, aman dan bahagia hidupnya.

marilah kita

berjalan

melihat

mencari

satu

kebenaran

Wednesday, June 9, 2010

Kisah ... MS ISO 9001:2008

Masa ni(8.6.2010/Selasa) sibuk dok audit sana sini.

Memasing kelam kabut untuk mempersiapkan diri kalau diaudit oleh pihak auditor (SIRIM.

Kelam kabut mengemaskini manual kualiti, prosedur kualiti, proses kerja dan segala hal yang lain.

Masing kecut perut bila auditor datang untuk menyoal siasat akan perihal kerja masing-masing.

Masa ini lah mereka semua terhegeh-hegeh melihat semua susun atur gerak kerja.

Terkelu lidah untuk menjawab bila kesalahan mereka dikantoikan oleh auditor.

Pening mencari dan memberi alasan untuk menyelamatkan diri daripada kene Non-Conformance Report [NCR/OFI] dll.

Apa nak buat dah kesalahan tu kita abaikan dan tak ambil peduli untuk diperbetulkan.

So, terima lah akibatnya bila disoal.

Jangan hanya mengejar status tetapi hakikat tidak layak untuk menerima status tersebut.



*
Adohai .. Audit la diri memasingnya tetang kehidupan didunia ini.

Manual kualiti, Prosedur kerja sudah diberi .. objektif kualiti seharusnya sudah dicapai.

Audit diri sendiri sebelum masanya di'audit' oleh Yang Berkuasa satu hari nanti.

Keep on auditing ourselve..

Friday, June 4, 2010

Kisah Medical Camp

Arini 4 Jun 2010/Juma'at

Pihak HDOK telah berlepas ke Kg. Malalin Pulau Jamboangan.

Berlepas jam 830pg dengan kapal KD Maritim Sandakan di perlabuhan Sandakan.

Dengan kekuatan team 30 orang, kami berlepas ke pulau.

Tapi malang setelah 2jam perjalanan, kapal mengalami kerosakkan enjin.

Terpaksa menunggu bot yang lain untuk menghantar kami ke pulau.

Tunggu dalam sejam, bot yang dinanti sampai.

Kami 15 orang sahaja yang meneruskan perjalanan; lagi 15 orang terpaksa patah balik. (ada yang nak fly malam ni, ada yang tak berapa sihat dan ada yang terpaksa berpatah balik sebab ruang bot limited).

So, kami bertolak dengan bot yang sederhana laju.

Tapi malang kali kedua, bot kami sampai ke pulau tersebut semasa air surut sehingga bot kami tidak dapat sampai ke jeti pulau tersebut.

Orang pulau tidak dapat dihubungi, connection down (line talian tiada .. adeih)

Cuba untuk minta bantuan nelayan tetapi tidak perolehi.

Setelah berbincang dan menunggu jika nasib menyebelahi akhirnya kami berpatah balik ke jeti perlabuhan Sandakan dengan hati yang hampa.


~ Maka dengan itu kami seramai 15 orang 'ter'enjoy, 'ter'makan angin atas bot melihat pulau-pulau yang cantik disekeliling lautan luas (pulau selingan, pulau langkayan, pulau berhala..)





Wednesday, June 2, 2010

Kisah Teroka Menerokai ...

Tarikh: 28 - 31.5.2010
Tempat: Semporna - Tawau







Cuti cuti malaysia...

Wednesday, May 26, 2010

Kisah Ungkit Mengungkit ...



Perlu ke?

Persoalannya ...

Kalo perlu kenape .. nak ungkit ape kebaikkan yang dia buat kat kau dulu. untuk ape? saja untuk dikenang. supaya bila ada masa sila lah balas. gitu?

Untuk apa kalau keburukkan lalu diungkit .. supaya korang sedar akan keburukkan dan kejahatan lampau. Untuk apa? dijadikan sempadan supaya tak berlaku lagi oklah .. tapi jangan sampai org tu nk buat baik pon masih dipandang hina, burok, jahat, .. itu tidak patut.

Kenapa nak ungkit kisah lalu .. ? untuk dimalukan? untuk dikutuk, keji? benda dah berlalu tak perlu diungkitkan lagi kalo ianya tak dapat nak memperbaiki masa sekarang dan masa hadapan [itu pun kalo diorg belajar kisah lalu].

Jangan diungkit kisah lalu,
Jangan dibuka nanah dibekung,
Jangan ditoreh pokok sebatang,
Jangan melalu luka dahulu....

Ceritera Kisah Momen




~kecik2 dh feeling2 heh budak dua org ni ...

Tuesday, May 25, 2010

Kisah HariSuci Bersama Mak ..

Tarikh: 21 - 23 Mei 2010
Hari : Juma'at - Ahad
Lokasi: Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau - Kota Kinabalu










Friday, May 14, 2010

Kisah Kelahiran

Tarikh: 13 Mei 2010 / Khamis [28 JAW 1431h]
Masa: 6.58 Pagi
Tempat: Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar

Lahir seorang bayi perempuan yang comel dan semangat (3.95 kg).

WohO0oo ... dah 11 orang anak saudara tahun ini.

Tahun depan tak tahu lagi ... tambah berapa orang.








~ Bila nak ada anak sendiri .. ?? pikir la sendiri oK!
~ Nama tak tau lagi .. My Sis nk huruf nama permulaan 'H'
Cadangan:
Hannah Humairah
Hadirah Haninah

*mY sIs choose Hadhirah Humairah

* Suka nama ni - Khyra Khalysha - tapi mungkin my Sis takmo. Nak jugak 'H'

Kisah Detoxin

Ni hah member dok promo detoxin ..

Cube try test .

Lihat lah bbyknye toksin .

P/S: Sorry kalo ianya meloyakan naluri anda ....









~ini kisah sebulan yang lalu .. baru punya kesempatan nk upload pict.
~nk citer pasal efek die ..
- mule-mule guna ade rase pening-pening (mungkin reverse efek die kot).
- after that dah ok.
- tapi still feel not showing 100% changes la .. bit better than before.
- tak salah mencube.
* Curios, betol-betol kehitaman itu melambangkan ketoksian aku banyak or maybe serbuk dlm pek tu bile beruap, bertukar warna adalah kesan drpd ruapan/tekupan padan kulit kaki. mungkin ...

Sunday, May 2, 2010

Tagging By Adam.Pelik

Alamak kene tag la plak ngan Adam...

OKlah .. oleh kerana Adam dah tag kene la buat dengan seikhlas hati .

Benda yang wajib dilakukan ialah:

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.




Gambar di ambil pada 200609, ni masa wedding maya; my classmate during UIAM time.

So kitorg pegi with the group of eight friends.

Ali & Faiz di dalam gambar ni..diorang tgh pose mase nak tunggu pengantin lelaki sampai. Dan mungkin tgh lapar kot.

(Ni mase Ibrahim tgh nk cube try test die puye SLR)

Faiz berposing bagai .. kuikuikui bulan 10/2009 dia plak naik pelamin.

Wednesday, April 28, 2010

Wednesday, April 21, 2010

KELABU

-------------------------*GREY*--------------------------

You are attractive, and active.
You never hide your feelings and express everything that's inside.
But can be selfish at times.
You want to be noticed, and don't like to be treated unequally.
You can brighten up people's day.
You know what to say at the right time, and you have a good sense of humour.

This is ME .. they said~it might be true or false assumption

I Wish I Could ... have

1 . HP Mini 210



2 . iPhone

Wednesday, April 14, 2010

S.H.U.K.R.A.N

Mak terima kasih banyak-banyak kerana dah melahirkan aku ke dunia ini ..

Bapak terima kasih atas pengorbanan dalam memelihara kami semua ...

Mak terima kasih kerana tidak membiarkan aku di buang..tidak semalang bayi yang tidak berdosa ...

ingin ku balas jasa kalian berdua hingga ke akhir hayat ku . ..

moga sempat aku menunaikan tanggungjawabku sebelom ajal menjemputku ...

Friday, April 9, 2010

HOBI

Arini ntah macam mane aku boleh terfikir aku ni ade hobi ke .. ?

Hahahaha....ketawa dalam minda fikiran jek.

Tapi apakah sebenarnye hobi?

Adakah Hobi itu sesuatu perkara yang kita gemar lakukan berulang ulang kali tanpa rasa jemu bosan kematu dan sebagainya.

Apekah hobi aku sebenarnya?

uhm..orang-orang lain mesti ade hobi sendiri.

Ade yang menyeronokkan.

Ada yang meramaikan kawan dan sahabat.

Mengimarahkan masyarakat sekeliling.

dan yang paling penting

Dapat memenuhkan poket yang kosong, menambah bilangan dalam buku akaun.

Ape hobi aku??

Dulu mase kecik-kecik bile dah pandai bace, suka bace komik dan pandai tgk TV cite katon.

Bila dah masok sekolah rendah..dah pandai naik basikal pegi merayau-rayau dan mulalah lupakan hobi mase kecik dulu.

Masa sekolah menengah plak, menjadikan membaca buku, majalah sebagai hobi. sebabnya nk amik SPM. Tapi SPM takde le cemerlang mane. Mungkin itu bukan hobi kot.

Kat universiti dedulu, macam takd ehobi sangat. Tapi suke sangat merayau-rayau sorang diri pegi shopping kompleks, mall jenjalan tengok manusia. Pastu ade gak tebiat suke makan-makan, stat dah pandai memilih pakaian yang agak berjenama sikit.

Hah satu lagi .. suke kumpul kad top-up. tak kire lah jumpe tepi tangga sekali pon.

Bila dah kije ni, mungkin dah ade duit sikit dah mula pandai nk berjalan-jalan makan angin sana sini. tapi takde le smpi keluar negara .. eh ade keluar negara jugak .. ke singapore.

Dh mule menjejakkan kaki ketempat peranginan tempatan Malaysia.

Hobi .. Hobi ..

Sanggop berhabisan untuk hobi.

Sanggup bergolak demi mempertahankan hobi.

Sanggop merentas benua sekalipon.



dan ketika itulah ...

Manusia berkata, "kalo dah hobi nk buat mcmane"

Wednesday, March 31, 2010

Biarkan dia pergi ............

argh ...
argh .......
parah makin menikam susuk belukar jiwa
kekuatan..selubungi lah aku untuk selamanya
biarkan bara meresapkan kepanasan kontak
walaupun air membasahi
jgn gelisah kan terbang
walau pedih menusuk kotak
jgn aur menipis lalu
kalo hati mengelamun endah beransur
usai jiwa mu kosongan kelocokkan

Biarkan dia pergi ............

Friday, March 26, 2010

Aku Bingung ..

BINGUNG adalah diertikan sebagai satu situasi dimana kita diberi atau tidak diberi pilihan dan kita terpaksa membuat pilihan samada mengikut kehendak, kemahuan kita ataupun tidak.

Mengapa manusia bingung ... ?

Adakah tidak ada matlamat dalam kehidupan mereka?

Adakah manusia itu tidak bijak membuat pilihan?

Adakah inya ujian buat manusia?

Sunday, February 7, 2010

Dunia kau dan aku

Harini dapat melihat keramaian manusia kerana aku keluar sebentar menyesakkan diri dengan kumpulan manusia.

Manusia yang aku lihat punya pelbagai kasta umur. Yang muda dengan gaya pemikiran dan kelakuannya, yang tua apetah lagi lagak seperti mula malas memikirkan kehidupan yang telah lama dilalui. Yang kecil terpinga-pinga dengan kehidupan kumpulan manusia ini.

Mereka sememangnya sukar untuk memahami dan proses itu mengambil sebanyak mungkin masa. Kadang-kadang kasihan pada mereka dalam proses mengerti kehidupan ada jugak insan yang 'besar' tidak dapat nak memahami dunia mereka, lantas dimarahi tanpa ada perasaan kasihan..

Adakah mereka si kecil yang bersalah untuk tidak mengerti apa-apa atau kita yang 'besar' ini tidak memahami mereka yang 'kecil'...?

Tapi sebagai manusia yang telah lama menikmati kesenangan dan kesusahan kehidupan ini seharusnya memberi corakkan yang terbaik untuk mereka, memimpin mereka kearah kehidupan yang onar ini. Jangan biarkan mereka hanyut seperti kita ... kita??

Entahlah .. jangan la terlalu menghukum mereka kerna kesalahan yang mereka tidak tahu yang perkara itu 'salah'.. tunjukkan lah, pimpinlah, genggam tangan mereka agar mereka memahami dan tidak mengulangi kesilapan yang dahulu kita manusia besar lakukan.

aku bingung, kamu .. manusia besar??