Thursday, May 28, 2009

Monolog : Rasa berTuhan

Aku cuba memiliki rasa bertuhan. Tapi masih tidak terasa apa-apa.

Orang yang rasa bertuhan ialah orang yang merasa dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan.

Bagaimana tu? Terasa payah untuk mendapatkannya.

Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan Tuhan. Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya.. Jarang sekali dia melupakan-Nya.

Tapi aku tidak begitu. Kadangkala aku dapat merasakan Tuhan menguasaiku. Adakalanya pula aku merasakan nafsu dan akal mengatur tindak-tandukku. Aku terlupa pada Tuhan. Bukan aku sengaja inginkan begitu. Aku menangis bila aku tidak membawa Tuhan dalam tindakanku.

Bersyukurlah Engkau kepada Tuhan. Engkau dalam perhatian Tuhan.Tangisan berdosa itupun milik Tuhan. Allah yang berikan. Bukan milik dan usaha kita.

Engkau perlu selalu ingatkan hati engkau bahawa Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas diri engkau. Nasib engkau bergantung kepada Tuhan. Baik buruk engkau ditentukan oleh Tuhan. Hidup matimu juga ditentukan oleh Tuhan.

Ya Allah, jauhnya aku dari Tuhan. Kadangkala aku rasakan aku yang berbuat. Aku terlupa kekuasaan Tuhan ke atas diriku.

Orang yang kuat rasa bertuhannya merasakan dirinya tidak ada kuasa langsung. Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah penciptanya. Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana. Dan di waktu bila pun. Bimbang tindakan dan bisikan hati kita tidak selaras dengan kehendak syariat Tuhan. Syariat Tuhan itu payah untuk difahami seni-seninya yang boleh mendatangkan rahmat Tuhan. Itu semua perlukan pimpinan Tuhan dan pimpinan guru mursyid. Dengan itu lahir di dalam hati ingin sentiasa mengejar kasih sayang dari Tuhan. Mencari redha-Nya.

Wahai Tuhan, berilah aku hidayah dan taufiq. Supaya aku diberi keselamatan dan kawalan. Menyembah-Mu dan membesarkan-Mu. Pimpinlah aku selalu. Kalau aku bersalah dan membuat kesilapan, akukan hamba-Mu juga. Ampunkanlah kesalahanku. Maafkanlah kesilapanku. Semoga aku jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. Redha dengan ketentuan Tuhan.

Jadikanlah aku hamba yang sentiasa merujuk kepada-Mu. Apa sahaja yang aku hendak buat, aku bertanya kepada Engkau dahulu. Aku takut untuk memandai-mandai kerana aku tiada kuasa ke atas diriku. Engkaulah segala-gala buatku.

Jika engkau berserah diri kepada Tuhan, bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan. Keputusan Tuhan akan bertentangan dengan kehendak nafsu dan akalmu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin pada timbangan nafsumu sudah baik tapi pada pandangan Tuhan ia akan menghancurkanmu. Berserah dirilah pada Tuhan. Semoga engkau dapat memiliki rasa bertuhan dan terhibur dengan ujian. Kerana kasih sayang dan perhatian Tuhanlah, jiwa engkau bergelora dengan Tuhan supaya engkau sentiasa memikirkan Dia sahaja. Begitulah orang yang memiliki rasa bertuhan di dalam jiwanya.

Wednesday, May 13, 2009

Balek Kampong

Sambungan cerita pulang ke ganggang yang ke-2.

Hari Sabtu 2.5.2009, My bro. in law bring such a good idea.

The idea is he want go to beach. Yeah... dah lame tak pegi.

Me and my family going to Bidara Beach, Melaka.

My sister bring a Nasi goreng + ayam goreng berempah.

We eat first before enjoy the bech for around half & hours only.

After that plan to go back.

So crowded.

Overall we are happy spending the time during holiday.

After this plan to go to Desaru + visit my sister in JB.

When hah...???

Monday, May 4, 2009

Soalan-soalannya adalah:


Upload gambar yang anda gemari dan jawab soalan di bawah:




Kenapa anda suka dengan gambar ni?
Dua insan dengan reaksi yang berbeda. Tapi masing-masing macam senyum terpaksa.

Apa yang best dengan gambar ni?
Kitak tak pernah taking picture together gather

Bila kali terakhir makan pizza?
Last month rasenye...


Lagu terakhir yang anda dengar?
A little too not over you

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Me'reply' email Studentcare

Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Pojie, Joe, Pakcik

Soalan seterusnya ada kaitan dengan orang yang anda tag! Tag 6 orang.

Nurul Aznil , Adam , Cipun , Zahiril Adzim , Zed Zaidi , Sir Harris

Siapa no 1 pada anda? Dia lah orang yang meng'tag' aku ...

Orang no 3 ada hubungan dengan siapa? Dia abang aku, dah berkahwin...


Kata sesuatu berkenaan orang no 5. Seorang pelakon ...

Bagaimana dengan orang no 4? Seorang puitis, pelakon Merah Putih...rasenye


Siapa orang no 2? Adam, dulu opismate pastu dapat offer J-Qaf


Bagi pesanan pada orang no 6. Semoga sukses dalam perjalanan mengenggam Phd..


Tagged by Puan Nurul Aznil

Ceritera Cuti Hari Buruh 2009 (1)

Ni nak crite pasal balek kampong sempena Labor Day.. (dah 2 kali aku sambut labor day ni) huhuhu syukur sangat.

Balek kampong hari Jumaat pagi, sampai Muar dalam pukul 11pg setelah perjalan mengambil mase 2 jam setengah.

Smpai jek Muar teros pegi bandor beli apam balik sebab teringin sangat nak makan. Apam balek mesti beli kalo smpi Muor. Kat Shah Alam ni kalo ade pon mcm tak same taste die la… tak berape sangat sedapnya.

Baru jek main bergomol mesra ngan anak buah baru, dah diangkut pulang ke JB pada hari jumaat tu huhuhu. Cepat sangat la ayah dia (abg ipar aku le tu) dtg ngankut. Takpe lah demi kebahagian keluarga mereka. Kakak ipar ngan abg aku (no.2) baru jek smpi (balek gak sempena hari buroh). Diorg jap jek jumpe ngan Amirul Fathir (nama anak buah yg baru tu).

Esok pagi (ari sabtu), the another abg ipar ajak makan-makan mee bandong/sate kat bandor Muor. Special sangat katenye. Aku on jek, pantang pasal makan memakan ni. Yang turut serta aku, abg aku (no.2) serta isteri dan anaknye, adik pompuan, adek lelaki, mak aku (bapak tak ikot, kije).

Smpi jek, alamak full. Pergh mmg le lazat kalo smpi kene tggu turn nk makan. Tggu pon kejap jek dlam 5 minit. Alih-alih ade org nk blah. Tros serbu masok (hehehe takleh le serbu sangat. Aku order mee bandong ngan the ais. Mereka yang lain order sate, mee goring, soto. Marbeles die puya mee banding dgn kuah yg pekat slruppp. Tapi sate agak kureng sket. Balek tapau utk bapak soto n mee bandong.



Sedapnya…pasti dtg lagik pasni.


Next day cuti ???

lain kali la ek….