Friday, October 23, 2009

sebuah cerita

"eee...bodohnya cerita..."

"sape le pengarah filem ni..? hampeh btol..."

"hakeleh cmtu je ending die .. bengong!!"

"uishh...tak logik betul .. ade ke bole camtu .. sengal!!"


salam sejahtera,

coret-coret kali ni macam nak cakap pasal sebuah cerita/filem/drama..
yang sememang kita tak mau tengok langsung. walaupun dah tengok cerita tu tapi pesan kat kawan, member, officemate supaya jangan tengok movie/filem yang bagi kita memang membosankan dek kerana karakter/pelakon/jalan cerita yang macam dungu dugong jek.

memang menyesal kalau menonton cerita ntah apa-apa lah..nak kate scientific tak le sangat. nak kata komedi bukan lah komedi sangat pon (lawak bangang). nak kata seram, bodoh le sape yang seram tu (..hahahaha). hah! apalah punya cerita ni .. aadoyaiii. Buat sakit hati berbaris panjang beli tiket. bazir duit jek beli CD (walaupun cetak rompak, lagi pedih ulu hati bile CD rosak plak).

kadang-kadang memang membodohkan diri sendiri la pengarah kalo mengarah cerita macam tu .. yang dapat malu dan kutukan semestinya la pelakon tersebut. kadang-kadang dah malas nak tengok apa-apa cerita baik dalam tv ataupun panggung. bosan! macam dh takde cerita lain nak buat. tolonglah..give them some greatest idea!! they damnly really need that brilliant ideas!..

nak buat cerita label 18 sg/sx/pl tapi tahap yang dipertontonkan & idea yang ingin dipersembahkan tidak la setahap <18 punya akal fikiran, tahap budak-budak hingusan jek. aduh sedihnya ..

+_+


pssst - cerita ape yg fast selling kat panggung skrang ni ekk? ^-^

Pandanganku ..


Salam sejahtera keatas kalian semua ..


Kali rasa ingin berbicara mengenai kehidupan di alam dunia ini.


Apakah kehidupan sebenarnya? Ikut kefahaman mentaliti aku yang dah bernyawa sehingga 26 tahun hidup sudah pasti kita tahu bahwa ianya nyawa kurnian. Sesuatu yang diberi nafas atau nyawa adalah makhluk ciptaan Tuhan.


Kehidupan berbeda antara kehidupan alam di dunia ini. Aku melalui liku-liku yang berbeza daripada kamu yang berada di utara, selatan, barat dan timur dunia. Mengapakah adanya perbedaan antara kita .. ? Mungkinkah untuk saling kita melengkapi satu sama lain .. ? Mungkin ini percaturan Yang Maha Esa .. Dia mengetahui luar batasan pemikiran alam.


Jika kita faham kehidupan yang berbeda itu adalah saling untuk melengkapi antara yang berbeda, tapi apakah itu juga sebab permusuhan, persengketaan, perkelahian tersembul antara dua kehidupan. Persefahaman usah bicara bila kita tidak melengkapi dan memahami apa yang tersirat tentang kejadian alam.


Untuk apa kita diberi kehidupan jika hanya untuk melenyapkan kehidupan alam tersebut. Untuk apa kita hidup .. ? Hiduplah dengan prinsip kehidupan alam. Hidupkan kehidupan. Jangan lenyap kerna kehidupan. Alangkah indah hidup dengan kehidupan ....


Pandanganku .. cerita hidupku

Pandanganmu .. cerita hidupmu

aku, kau dan dia masih punya cerita kehidupan yang sama walaupun berbeza