Friday, June 4, 2010

Kisah Medical Camp

Arini 4 Jun 2010/Juma'at

Pihak HDOK telah berlepas ke Kg. Malalin Pulau Jamboangan.

Berlepas jam 830pg dengan kapal KD Maritim Sandakan di perlabuhan Sandakan.

Dengan kekuatan team 30 orang, kami berlepas ke pulau.

Tapi malang setelah 2jam perjalanan, kapal mengalami kerosakkan enjin.

Terpaksa menunggu bot yang lain untuk menghantar kami ke pulau.

Tunggu dalam sejam, bot yang dinanti sampai.

Kami 15 orang sahaja yang meneruskan perjalanan; lagi 15 orang terpaksa patah balik. (ada yang nak fly malam ni, ada yang tak berapa sihat dan ada yang terpaksa berpatah balik sebab ruang bot limited).

So, kami bertolak dengan bot yang sederhana laju.

Tapi malang kali kedua, bot kami sampai ke pulau tersebut semasa air surut sehingga bot kami tidak dapat sampai ke jeti pulau tersebut.

Orang pulau tidak dapat dihubungi, connection down (line talian tiada .. adeih)

Cuba untuk minta bantuan nelayan tetapi tidak perolehi.

Setelah berbincang dan menunggu jika nasib menyebelahi akhirnya kami berpatah balik ke jeti perlabuhan Sandakan dengan hati yang hampa.


~ Maka dengan itu kami seramai 15 orang 'ter'enjoy, 'ter'makan angin atas bot melihat pulau-pulau yang cantik disekeliling lautan luas (pulau selingan, pulau langkayan, pulau berhala..)





2 comments:

  1. kisah selanjutnya ...
    http://www.facebook.com/album.php?aid=49442&id=1602301346&ref=pb#!/album.php?aid=49442&id=1602301346

    ReplyDelete
  2. ciannye dia..
    namun masih mamou tersenyum..:D

    ReplyDelete