Thursday, January 29, 2009

Gong Xi Fa Cai

cuti selama enam hari aku gune kan untuk pegi intebiu (Peg. Psikologi) yang bertempat di Pusat Temuduga SPA, Jalan Cenderasari, KL. Hari khamis, 22.1.2009. Interview yang mengambil masa selama 30min itu dihabiskan dgn persoalan-persoalan yang berbentuk fakta dan dicampur dgn auta semata-mata. Usaha telah dikerahkan dan doa telah aku panjatkan.. cuma tawakkal ku berserah pada yang maha Adil lagi Bijaksana yang menentukan hidup ku ini..ceyyy!!!

Esoknya aku pulang ke kampung Muar dgn menaiki bas Mayang Sari, jam 6ptg, 23.1.2009. Malam sebelom balek kampong, HP asyik berdering, panggilan dari Bs yang bertanye hal kije lagi. Malas btol aku nk jawab, just SMS jek. Kalo dijawab kang meleret ntah kemane. Hello makcik aku cuti la..!!! jgn kaco bleh tak?

Cuti tahun baru Cina, di habeskan mase dgn famili, bertandang kerumah sedara-mara yang ade buat kenduri (kenduri kawin la, Aqiqah la). maklomlah raye cina cuti panjang plak tu, sibuk le org nk buat kenduri. Kenyang makan nasi minyak. Nasi minyak aku bila lagi..?? persoalan dari mak su aku.

tolong mak aku bersihkan halaman rumah yang berapa terurus, bersemak samun juga antara aktiviti mase cuti. huh penat tapi seronok plak..sedap skit mata nk memandang. Adek ade tapi dok buat aktiviti remaja yg kurang berfaedah sket lepas SPM ni. Merempit kesane sini..uhm ape nk jadi. Semoga jadi org yg berilmu dan beramal...Ameenn

No comments:

Post a Comment