Friday, March 27, 2009

Permainan masa kanak-kanak

Mase dapat email dari opismate pasal Memories for late 1980's - 1990's:
Taraaa....
yang ni mmg bende wajib beli kalo iklan kuar kat TV ade mainan baru

Getah pemadam yg jadi kegemaran ramai, siap bleh tukar-tukar ngan member lagi. Pastu main getah pemadam yg bergerak untuk menindih getah pemadam pihak lawan. Hehehe koleksi juara mmg banyak giler. pastu meningkat dewasa bagi kat adek plak untuk mewarisi kejuaraan. hahahaha.

Pasal watercolor ni mmg memori daun pisang le, sebab dapat hadiah dari cikgu Baharudin. Dapat no 3 pembaca buku terbanyak di perpustakaan mase sekolah rendah dulu. Huhuhuhu diumumkan mase perhimpunan gitu. wah terharu. dapat 3 set lagi. Uhm...abg yg baik selalu share ngan adek-bradek.

jajan yang selalu dicari kalo gi kedai. sekarang pandang sebelah mata pon tak lalu...

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti

By Siti Nur Haliza

(sorry pada mereka yg mungkin telinga bernanah @ mata merah menyala bila tengok post ni)

Sakit tulang rahang/gigi/benjolan tiroid

aduhh......

Sakitnya.

Hilang selera nk makan. Selera ade tapi keadaan mulut meyekat selera aku.

Tahan la dulu.

Dh sesak baru jumpe doktor gigi.

Last sekali doktor sental gigi aku mase tingkatan 3.

Diorg cuma tampal jek mane-mane yg berlubang.

Takde pengalaman burok pon.

Dengar citer dr Nurul Aznil, cabot gigi puya la sakit then mahal plak tu.

Berbaloi.....

Tuesday, March 10, 2009

BBQ









Venue: Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 7
Date: 6 March 2009
Time: 8.00 pm - 10.00pm


Friday, March 6, 2009

mencari kereta

Hahahaha...!!!

Kenapa aku gelak?

Pasal aku ade hati nak pakai kereta baru sedangkan ekonomi aku belum / tak stabil lagi.

Ntahlah hati tu ade nak pakai kereta baru but MONEY...it's not ready enough to have one.

Biarlah hati aku itu melayan perasaan nye.

Antara kereta yang diusha:

1. Satria NEO

2. Persona


3. Hyundai MATRIX

4. Grand Livina

* Amacam gile tak perasaan aku yang perasan habesss...







pasal cari kije

Lately, aku mcm busy gile nk cari kije baru especially in government base.

Ntah la aku rase macam best jek kije government.

Diorg kate same jek kije ngan company swasta or government.

Ye ke...???

Bagi aku ape yang best pasal kije kat gomen ni ade macam-macam elaun.

Elaun COLA (elaun sara hidup orang kate).

Elaun rumah.

Insentif kije di pendalaman.

Pinjaman perumahan, kereta, pendidikan.

Dan lain-lain lagi/macam-macam.

Sebelum ni, aku dipanggil intebiu Pegawai Psikologi.

Result intebiu kate (2.3.2009) will known BUT sampai sekarang (6.3.2009) belom tau lagi.

Aku sabar menunggu...

Dan selepas itu aku dipanggil untuk hadir ke Peperiksaan Khas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Overall exam kuwait OK (boleh la jawab dan main tembak jek)

Result will be known on April (another kesabaran menanti).

Baru-baru ni aku cuba mencari lagi dan ade beberape peluang untuk aku bekerja under gomen contoh (University Pertahanan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Majlis Sukan Negara, Universiti Malaysia Kelantan dan lastly UIAM).

Overall post would be Pegawai Tadbir and Pegawai Psikologi.

Hoefully ade la yang berminat nak amik aku kije ngan gomen..

Lastly aku hanya mampu berdoa dan tawakkal pada yang maha ESA.

Aminnnnnn.....

Barbeque ngan opismate

6 Mac 2009/Jumaat, opismate akan adekan majlis makan-makan.

Diorg buat BBQ kat tepi tasik Shah Alam, Seksyen 7.

Diharapkan majlis ni meriah dan mengeratkan tali rahim sesama opismate.

Tak sabar nak ber'BBQ'..

Yuhuuu...sabo malam ni jek.

Ayam, daging ape2 jek tunggu aku nk bakar korg.

Ini senarai mereka yang akan hadir:

1. En Zaki
2. En Alias
3. Feza
4. Azlinda
5. Atul& partner
6. Shariha & husband
7. Shima
8. Sirap
9. Fakhrul
10. Fauzie
11. Izhar
12. Azreen
13. Azuan
14. Azman
15. Saiful
16. Aiman
17. Meeza *
18. Haida *
19. Jamal *
20. Dwen
21. Farhan
22. Zamir
23. Zakwan
24. Shuk
25. Kurt Penang
26. Roslan
27. amir
28. hafiz azali
29. zali
30. Wan Arif & Shuhaida
31. Fauzi Mohd Radzi

kahwin....

Minggu (7 Mac 2009/Sabtu) ni kawan aku akan mengadakan majlis perkahwinan.

Kawan aku bernama Ahmad Kamal Hilmi.

Majlis akan diadakan di Marang, Terengganu.

Malang bagiku tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerna aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas yang akan dijalankan pada hari yang sama.

Mereka yang pergi Nurul Aznil & Shah akan meluangkan masa di Pulau Kapas.

Wah! sungguh menyeronokan. Bercuti di sebuah pulau yang cantik dan menenangkan jiwa.

Tapi....

It's OK!

Aku boleh pegi majlis kenduri rumah kawan aku yang lain.

Sapa nama?

Ahmad Fazli Bin Pardon.

Dimana?

Kat Melaka.

Nasib baik dekat jek ngan kampung aku kat Muar.

Bolehlah makan nasi minyak jugak minggu ni.




----------------------------------------------
*akan datang cerita kawen lagi....