Sunday, February 7, 2010

Dunia kau dan aku

Harini dapat melihat keramaian manusia kerana aku keluar sebentar menyesakkan diri dengan kumpulan manusia.

Manusia yang aku lihat punya pelbagai kasta umur. Yang muda dengan gaya pemikiran dan kelakuannya, yang tua apetah lagi lagak seperti mula malas memikirkan kehidupan yang telah lama dilalui. Yang kecil terpinga-pinga dengan kehidupan kumpulan manusia ini.

Mereka sememangnya sukar untuk memahami dan proses itu mengambil sebanyak mungkin masa. Kadang-kadang kasihan pada mereka dalam proses mengerti kehidupan ada jugak insan yang 'besar' tidak dapat nak memahami dunia mereka, lantas dimarahi tanpa ada perasaan kasihan..

Adakah mereka si kecil yang bersalah untuk tidak mengerti apa-apa atau kita yang 'besar' ini tidak memahami mereka yang 'kecil'...?

Tapi sebagai manusia yang telah lama menikmati kesenangan dan kesusahan kehidupan ini seharusnya memberi corakkan yang terbaik untuk mereka, memimpin mereka kearah kehidupan yang onar ini. Jangan biarkan mereka hanyut seperti kita ... kita??

Entahlah .. jangan la terlalu menghukum mereka kerna kesalahan yang mereka tidak tahu yang perkara itu 'salah'.. tunjukkan lah, pimpinlah, genggam tangan mereka agar mereka memahami dan tidak mengulangi kesilapan yang dahulu kita manusia besar lakukan.

aku bingung, kamu .. manusia besar??

No comments:

Post a Comment